BAHASA MELAYU MODEN & DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
PENGENALAN BAHASA MELAYU MODEN & PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Disediakan oleh : Muhammad Izzat Irfan bin Zamri Nurumairah Najiha binti Rusdi Nur Amni binti Mohd Kamaruzama
BAHASA MELAYU MODEN
PENGENALAN
- Bahasa Melayu moden, yang digunakan sejak abad ke-19 hingga kini, mengalami perkembangan seiring dengan pengaruh negara-negara Eropah di Asia Tenggara.
- Dalam tempoh tersebut, bahasa Eropah seperti Portugis, Belanda, dan akhirnya Inggeris, memainkan peranan penting dalam pembentukan bahasa Melayu.
- Bahasa Melayu moden, yang merupakan kesinambungan daripada bahasa Melayu klasik, menerima banyak pengaruh daripada bahasa Inggeris.
- Namun begitu, bahasa ini tidak mengadopsi sistem pembentukan bahasa Inggeris sepenuhnya, serta tetap mempertahankan elemen-elemen dari bahasa Sanskrit dan Arab yang digunakan sebelumnya.
- Bahasa Melayu mengintegrasikan banyak istilah daripada bahasa Inggeris untuk menggambarkan ilmu-ilmu baru yang muncul dari masa ke masa, kerana bahasa dan tamadun Melayu tradisional tidak mempunyai kapasiti untuk perkara tersebut.
- Kebolehan Bahasa Melayu moden untuk menerima unsur-unsur asing membuatkan bahasa ini dinamik dan mampu bertahan serta berkembang.
- Bahasa Melayu moden banyak menerima pengaruh daripada bahasa Inggeris, terutama dalam istilah-istilah teknikal dan saintifik.
- Terdapat kepelbagaian dialek di seluruh Nusantara yang mempengaruhi cara penuturannya.
- Bahasa Melayu moden menggunakan sistem ejaan yang telah diselaraskan dan disistematisasikan, yang dikenali sebagai Ejaan Rumi.
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
PENGENALAN
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama sebenarnya Balai Pustaka telah ditubuhkan di Johor Bahru sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran pada 22 Jun 1956.
Tujuan penubuhan adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
Di peringkat awal, DBP mengorak usaha murninya di Bukit Timbalan, Johor Bahru. Hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bahru pada 16 – 21 September 1956, kerajaan telah menerima cadangan kongres yang mahu menamakan Balai Pustaka dengan nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu, DBP dinaikkan taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaganya sendiri.
Pada tahun 1957, DBP telah berpindah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di bekas wad sebuah hospital di Jalan Young. Perpindahan ini bagi memudahkan segala pelaksanaan tugasnya yang selaras dengan pengisytiharan bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan akan menjadi bahasa rasmi tunggal negara.
Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam Bahasa Kebangsaan
- Menurut Berita Harian, DBP menggiatkan program dari semasa ke semasa iaitu Minggu Penulis Remaja dengan motif melahirkan dan memupuk penulis muda.
- Program ini juga bertujuan melahirkan pewaris ilmu kesusasteraan pada masa depan.
- Dalam usaha memperkasakan ilmu kesusasteraan ini, DBP sekali lagi menggunakan kaedah penganugerahan bagi menggalakkan sasterawan-sasterawan menceburi bidang ini.
- Kepentingan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah begitu penting sehingga ia diiktiraf oleh jabatan kerajaan sebagai Badan Berkanun melalui Akta Parlimen pada tahun 1959 dalam memantapkan lagi pengembangan bahasa sastera.
- Begitu juga dengan pengaturan rancangan memupuk bahasa sastera dengan baik.
Membakukan ejaan dan sebutan, membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam Bahasa Kebangsaan
- Pelaksanaan dasar bahasa yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, menengah dan peringkat institusi pengajian tinggi menggerakkan kegiatan peristilahan yang didukung oleh DBP.
- Banyak Jawatankuasa Istilah (JKI) telah ditubuhkan oleh DBP dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam untuk mengumpul, membentuk dan menyebar luas istilah bahasa Melayu dalam bidang sains asas dan sains gunaan.
- Perubahan ini menyaksikan perancangan korpus bahasa Melayu berkembang dengan cepat sekali.
Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul
- Seperti mana yang sedia maklum, tidak ramai atau hanya segelintir sahaja daripada rakyat Malaysia yang menggunakan Bahasa Melayu dengan betul.
- Majoriti daripada mereka menggunakan Bahasa Melayu yang tidak betul. Sebagai contoh yang paling ketara ialah rakyat Malaysia menggunakan bahasa pasar sebagai bahasa percakapan harian mereka.
- Bukan sahaja sebagai bahasa percakapan harian, malah notis-notis ataupun risalah-risalah awam yang diedarkan kebanyakannya tidak menggunakan Bahasa Melayu yang betul seperti risalah-risalah ataupun poster-poster untuk konsert dan promosi kompleks-kompleks beli-belah.
- Oleh hal yang demikian, pihak DBP perlu memainkan peranan yang sangat penting untuk mengatasi masalah yang telah berleluasa hingga ke hari ini seperti mewujudkan buku-buku dan risalah-risalah dan akhbar-akhbar yang menggunakan dan memperbetulkan penggunaan Bahasa Melayu yang tidak betul di kalangan rakyat Malaysia.
- Walaupun DBP menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan namun setelah masa beredar melangkaui peredaran zaman kini banyak pecampuran bahasa seperti bahasa rojak yang sedang menular dalam masyarakat masa kini.
- Oleh itu, dengan adanya DBP masalah penyalahgunaan bahasa ini dapat dibendung. Disamping itu, keaslian bahasa kebangsaan ini tidak dicemar. Begitu juga dengan penggunaan bahasa singkatan.
- Contohnya, singkatan bagi sungai, bukit, jalan dan sebagainya. Penggunaan singkatan ini memudahkan penulis surat bagi alamat dan kawasan.
Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa
- Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan, pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran.
- Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi-fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu terus menjadi mantap sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia.
- Di sinilah peranan yang dimainkan oleh DBP sangat penting ke arah memasyarakatkan secara meluas penggunaan bahasa Melayu dengan pendekatan dan kaedah yang menarik dan selaras dengan perkembangan teknologi info-telekomunikasi.
- Daripada kaedah biasa dan stereotaip yang sering digunakan, DBP perlu meneroka pendekatan baru melalui industri kreatif, media sosial dan elektronik mengadakan program pembelajaran bahasa Melayu dan menghasilkan promo, iklan, drama dan sitkom televisyen serta radio yang bersangkutan dengan bahasa Melayu
Ulasan
Catat Ulasan